PAS Batang Sadong edar sumbangan raya

Berita
Typography
BATANG SADONG: PAS Kawasan Batang Sadong telah mengadakan Majlis Sumbangan Raya kepada kakitangan perkhidmatan awam di sekitar Sadong Jaya, di sini semalam.
 
Sumbangan Aidil Fitri itu disampaikan Yang DiPertua PAS Batang Sadong, Rahim Omar ke agensi kerajaan antaranya Klinik Kesihatan Sadong Jaya dan Pejabat Daerah Sadong Jaya.
 
Kehadiran rombongan PAS telah diterima mesra dan kesempatan tersebut mengikat hubungan dengan pihak-pihak tersebut yang kebanyakannya juga adalah penduduk setempat.
 
Rahim dalam ucapannya berharap program seumpama dapat menjalin hubungan erat PAS bersama semua lapisan masyarakat, selain menyubur pendekatan semasa politik PAS.
 
Antara turut serta adalah Ketua Muslimat PAS Batang Sadong, Nadia Sufian dan Timbalannya, Diana Bakar dalam rombongan mengedar sumbangan itu. -HARAKAHDAILY 1/6/2018