MB Terengganu ucap tahniah

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan tahniah kepada pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut yang telah mengharumkan nama Negeri Terengganu apabila dinobatkan menjadi juara Program Pembangunan Sumber Manusia Untuk Tenaga Nuklear anjuran Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Gyeongju, Korea Selatan.

am"Saya juga telah menghubungi Pengetua Sekolah, Cikgu Che Soh untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada sekolah, guru-guru dan pelajar yang terlibat.

"Insya Allah, saya akan beri komitmen supaya wakil Kerajaan Negeri hadir ke majlis anjuran sekolah pada hari Isnin depan di sekolah," ujarnya  menerusi laman Facebook beliau.

Menurutnya, beliau akan bertemu sendiri dengan pelajar dan guru dalam majlis yang berasingan nanti.

"Tahniah daripada saya dan Kerajaan Negeri Terengganu," katanya lagi.

Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut ialah Muhammad Syazwan Mat Sidik, Muhammad Anuar Abd Ghani dan Safyyah Muhammad Nasir.

Sekolah harian biasa yang mewakili Malaysia itu berjaya ke peringkat akhir pertandingan bersama empat lagi wakil dari Amerika Syarikat, Hungary, Korea Selatan dan Jepun.

Pertandingan itu diadakan sempena Seminar Antarabangsa Ketiga Sumber Pembangunan Manusia​​​​​​​Bagi Program Kuasa Nuklear anjuran Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang berlangsung dari 28 hingga 31 Mei. – HARAKAHDAILY 31/5/2018