Sumbangan Ramadan PAS Dato' Keramat

Berita
Typography
NIBONG TEBAL: PAS Cawangan Dato' Keramat telah mengadakan majlis Sumbangan Dapur Ramadan kepada golongan asnaf di cawangan itu, di sini kelmarin.
 
Sumbangan kepada kalangan miskin, warga emas dan ibu tunggal itu sentiasa diusahakan dalam menjaga hal ehwal terutama berkaitan kebajikan golongan tersebut.
 
Ianya menjadi program rutin yang menzahirkan keprihatinan PAS terhadap golongan tersebut sesuai dengan peranan dan perintah Allah terhadao golongan beriman.
 
Sumbangan telah disampaikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Nibong Tebal, Mohamad Ahmad dan Ketua PAS Dato' Keramat, Mat Saad Mohamad.
 
Mohamad dalam ucapannya memuji perhatian PAS Cawangan itu kepada masyarakat sekitarnya sebagai satu hubungan sesama manusia yang dituntut Islam.
 
Selain bersedekah katanya, Ramadan juga menyeru umat agar membanyakkan bacaan al-Quran yang seharusnya tidak terpisah dari intipati tarbiyah ahli PAS.
 
Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Penerangan PAS Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff yang juga calon PAS Dun Sungai Acheh pada PRU14 lalu. -HARAKAHDAILY 29/5/2018