JAM bantu mangsa banjir Bukit Gantang

Berita
Typography
BUKIT GANTANG: Hujan lebat yang turun sejak beberapa hari telah menyebabkan banjir melanda beberapa perkampungan, di sini kelmarin.
 
Sehubungan itu, Jabatan Amal Malaysia (JAM) telah mengerah anggotanya melaksanakan operasi pemindahan mangsa terjejas.
 
Antara tumpuan JAM adalah di Kampung Kuala Trong, Kampung Sungai Bemban dan Kampung Temelok yang terjejas agak teruk.
 
Pengarah JAM Negeri Perak, Mohd Ariff Sha'arani berkata, pihaknya turut melengkapkan sokongan anggota kepada operasi beberapa jabatan dan agensi kerajaan.
 
Antara yang terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam dan lain-lain lagi.
 
Usaha Jabatan Amal itu turut melibatkan lanjutan bantuan menerusi operasi pembersihan rumah-rumah mangsa yang dipenuhi lumpur.
 
Hadir sama menziarahi mangsa adalah Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Faisal Abdul Rahman serta pimpinan lain. -HARAKAHDAILY 29/5/2018