Kunjungan hormat JAM ke Wisma Darul Iman

Berita
Typography

KUALA TERENGGANU: Jabatan Amal Malaysia (JAM) telah mengadakan lawatan kerja rasmi selama dua hari ke negeri Terengganu yang kini ditadbir oleh PAS setelah mendapat mandat besar pada PRU14 lalu.

Kunjungan tersebut telah dipimpin sendiri Ketua Pengarah JAM, Mohd Nazree Mohd Aris bersama kepimpinan tertinggi pasukan beruniform itu ke Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Rombongan tersebut telah diberi sambutan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di pejabat beliau yang mengalu-alukan kerja sama dan amal bakti JAM secara aktif di Terengganu.

Pada kesempatan tersebut, rombongan turut mengadakan kunjungan kepada Exco Kerajaan Negeri, Dr Azman Ibrahim yang juga anggota JAM dari Kor Medik dan Penyelamat.

Berpangkat Leftenan Kolonal, beliau berkata, walaupun kini merupakan Exco Kerajaan Negeri, namun beliau masih tetap anggota JAM dan bersedia diarah bertugas. -HARAKAHDAILY 28/5/2018