PAS Petra Jaya teruskan tradisi bubur lambuk

Berita
Typography

PETRA JAYA: PAS Kawasan Petra Jaya melaksanakan rutin tahunannya di bulan Ramadan dengan menyedia dan mengedar juadah bubur lambuk.

Dikelola Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Petra Jaya, usaha penyediaan secara gotong-royong itu dijayakan dalam mengejar fadilat Ramadan dan meluaskan dakwah.

Ketua Muslimat PAS Petra Jaya, Habsah Bujang berkata, dua periuk besar dimasak setiap hari melalui kerjasama semua anggota dan entiti PAS Kawasan itu.

Jelasnya, selesai memasak dan pembungkusan yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sarawak, edaran dibuat di Masjid Abyad, Masjid Gita dan kawasan sekitarnya.

"Saya amat berbangga dengan komitmen ditunjukkan petugas PAS Petra Jaya dalam merealisasikan Semarak Kasih Ramadan ini.

"Walaupun dalam keadaan yang panas diawalnya dan disusuli hujan lebat sewaktu edaran. Namun, semua sekitar 500 bungkus habis diedarkan," ujarnya. -HARAKAHDAILY 22/5/2018