200 ikuti Daurah al Quran setiap hari

Berita
Typography

KOTA BHARU: Program Daurah al-Quran yang dianjurkan sempena Ramadan di Kelantan disertai kira-kira 200 peserta setiap hari di Madinah Ramadan.

Mereka mendaftarkan secara online untuk menyertai program tersebut termasuk dari luar negara.

Pengarah Jabatan Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Ustaz Ropein Hassan berkata, rakyat Malaysia yang berada di luar negara termasuk Timur Tengah dan Eropah juga boleh mengikuti program tersebut.

“Lebih-lebih lagi kepada Kelantan hendaklah merebut peluang untuk belajar mendalami ilmu yang terkandung dalam al Quran,” katanya di sini.

Pogram Daurah al Quran diadakan di Madinah Ramadan bermula tahun lepas. Sesi pengajian bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Pembelajaran secara atas talian melalui https://www.openlearning.com

Hari ini pelajar mengikuti kupasan juzuk ke-5 yang dikendalikan Senator Ustaz Muhammad Mustapha. - HARAKAHDAILY 21/5/2018