Tahniah Chong Wei, skuad hoki negara

Berita
Typography

PAS mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dan skuad hoki negara di atas kejayaan masing-masing.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan memuatkan ucapan tahniah itu menerusi laman facebook beliau.

"Tahniah skuad 'The Speedy Tigers' Hoki Negara berjaya menewaskan China di Dhaka untuk muncul juara pusingan kedua Liga Hoki Dunia malam ini menerusi penalty shoot out 5-3 setelah perlawanan terikat 2-2.

"Tahniah Datuk Lee Chong Wei menewaskan Shi Yuqi dari China dengan straight set (21-12 | 21-10) untuk muncul juara di Kejohanan Badminton All England," tulisnya.

Chong Wei memenangi kejohanan All England buat kali keempat di Barclaycard Arena, Birmingham.

Skuad hoki negara pula muncul juara Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua (WHLR2) di Dhaka, Bangladesh. - HARAKAHDAILY 12/3/2017