MB umum portfolio Exco Terengganu

Berita
Typography

KUALA TERENGGANU: Mesyuarat pertama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu, hari ini mengumumkan tugasan portfolio masing-masing.

Portfolio itu diumumkan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan Tanah dan Sumber Asli negeri, diterajui oleh Menteri Besar Terengganu sendiri.

"Yang Berhormat (YB), Ustaz Satiful Bahri Mamat, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri.

"YB Dr Alias Razak, adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengajian Tinggi negeri. YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri dan YB Dr Azman Ibrahim, pula Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri.

"Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, kepada YB Dato Tengku Hassan Tengku Omar. YB Ariffin Deraman, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri.

"YB Hanafiah Mat, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri. YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, pula Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGOs negeri.

"YB Dr Mamat Puteh, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri. Dan YB Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman, adalah Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri," jelas beliau.

Menurut Dr Ahmad Samsuri, agihan portfolio itu diberi tanggungjawab kepada 11 orang ahli Exco Kerajaan Negeri termasuk dirinya selaku Menteri Besar Terengganu. -HARAKAHDAILY 16/5/2018