TG Abdul Hadi akan rasmi seminar antarabangsa Rohingya

Berita
Typography

NAIB Presiden Kesatuan Ulama Muslim Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan merasmikan Satu Seminar Antarabangsa berkaitan isu Rohingya.

Seminar selama tiga itu akan berlangsung dari  14  hingga 16 Mac 2017 dan diadakan di Marriot Hotel, Putrajaya. Program ini anjuran bersama Kesatuan Ulama Muslim Sedunia, Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), International Federation for Relief & Development (IFRD) dan Yayasan Amal Malaysia.

Menurut Pengerusi, International Conference on Rohingya, Husin Ismail, dalam suatu kenyataan medianya tema bagi seminar ini adalah “THE PLIGHT OF THE ROHINGYAN: SEARCHING FOR SOLUTIONS” dan ia mencakupi konflik yang dialami oleh etnik Rohingya. Seminar ini juga dianjurkan bagi memahami sejarah etnik Rohingya, mencari, mengenalpasti masalah yang timbul seterusnya mencadangkan resolusi dan penyelesaian yang sebaiknya bagi meminimakan masalah yang berlaku.

“Isu Rohingya adalah isu yang semakin kritikal desawarsa ini dengan serangan menggila daripada sami Rakhine Buddhist dan tentera Burma. Ianya juga menjadi sebab utama seminar ini dilakukan bagi meletakkan tekanan kepada masyarakat antarabangsa untuk menghentikan pembersihan etnik terhadap etnik Rohingya.

“Seminar ini akan akan disertai delegasi beberapa NGO tempatan, luar negara, jabatan kerajaan, institusi awam, swasta, tokoh-tokoh politik dan ahli akademik,” nyata beliau lagi.

Penganjur berharap seminar ini dapat menghasilkan beberapa resolosi yang boleh diangkat ke ASEAN dan PBB bagi membela nasib dan masa depan etnik Rohingya di Myanmar. Hasil daripada resolosi ini juga diharap dapat dapat memberi tekanan dan harapan agar kerajaan Mynmar memberi keadilan sewajarnya kepada etnik Rohingya yang juga rakyatnya sendiri.

Majlis Perasmian penutup akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Mohd Najib Abdul Razak. – HARAKAHDAILY 10/3/2017

ConR2