MB sehari suntuk bersama rakyat di Ketereh

Berita
Typography

MENTERI Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob hari ini menyertai progam sehari suntuk bersama rakyat di kawasan parlimen Ketereh.

Ia bermula jam 8.30 pagi sehingga 5 petang ini. Beliau meninjau sendiri masalah rakyat yang dihadapi di kawasan tersebut termasuk punca berlaku banjir di bawah jambatan Melor.

Program itu dikenali Pemukiman Menteri Besar Bersama Rakyat menjadikan Parlimen Ketereh sebagai lokasi pertama.

MB Ketereh 3Sebanyak 55 kediaman penduduk di Dun Kadok, Melor dan Kok Lanas diziarahi rombongan Menteri Besar yang disertai anggota-anggota Exco, wakil rakyat dan pemimpin PAS Ketereh.

Hadir sama pegawai-pegawai kerajaan termasuk Ketua Jajahan Kota Bharu Ahmad Robert Abdul Rahim.

“Program ini bertujuan merapatkan lagi hubungan kerajaan negeri bersama rakyat, sekaligus menyelesaikan masalah mereka terutamanya banjir,” katanya pada program berkenaan.

Penduduk Kampung Hutan Kulim di Dun Melor berdepan dengan masalah banjir kilat ketika hujan lebat ekoran difahamkan kerana faktor pembangunan tanpa perancangan teliti.

Lebih 30 keluarga yang tinggal di sepanjang Sungai Melor sering berdepan dengan masalah banjir sehingga merosakkan harta benda mereka.

Berikutan tinjauan Menteri Besar tersebut Majlis Daerah Ketereh Perbadaran Islam, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan Saliran memberi komitmen menyelesaikan masalah itu.

Ustaz Ahmad juga menyertai gotong-royong, mengecat serta membersihkan Pasar Ketereh.

Selain itu menziarahi rumah bekas pemimpin PAS termasuk mantan Adun Kadok Shukri Abdul Rahman dan mantan Adun Ketereh Mohamad Yusof. – HARAKAHDAILY 9/3/2017