Ustaz Idris kekal bertanding di Bukit Gantang

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad kekal bertanding di Parlimen Bukit Gantang pada Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini.

Tuan Guru Abdul Hadi juga mengumumkan tiga orang lagi calon yang bakal bertanding di Perak.

Mereka adalah Dr Najihatussalehah Ahmad di Parlimen Parit, Hatta Abdul Muin Hassan Adli di Parlimen Bagan Datoh dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria di Dun Semanggol.

Presiden PAS mengumumkan demikian semasa program ceramah Gelombang Hijau Perak PRU14 di pekarangan SRITI At-Taalim, Taman Gemilang, Seri Iskandar, malam tadi yang disiarkan secara langsung menerusi FB Live.

Pada PRU13 lalu, Ustaz Idris yang mendapat 30,563 undi memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang menewaskan calon BN dengan majoriti 986 undi. – HARAKAHDAILY 17/4/2018