JAM anjur kursus kejurulatihan Zon Selatan

Berita
Typography

KOTA MELAKA: Jabatan Amal Malaysia (JAM) telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Zon Selatan yang diadakan di Dataran Amal, Bukit Larang, Pernu, di sini sejak 10 Mac lalu dan berakhir kelmarin.

Kursus itu dalam usaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran para jurulatihnya melibatkan penyertaan 50 anggota dari Johor dan Negeri Sembilan, serta Melaka selaku tuan rumah.

Kemahiran berkaitan telah dibimbing oleh jurulatih Kor Kurikulum dan Latihan Jabatan Amal, Mohd Bakeri Abdullah dan Khairulanuar Abd Ghani bersama beberapa pembantu lain.

Antara pengisian diterapkan adalah protokol perbarisan dan kawad, tatacara pemakaian, Perkhemahan Tahunan Amal dan lain-lain di mana kursus ini amat penting bagi memastikan segala maklumat dan tatacara sejajar dengan sukatan.

Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Ahmad Bilal Rahuddin yang menyifatkan kursus sedemikian penting dalam pembentukan disiplin dan akhlak.

Beliau juga menyeru persiapan anggota Amal untuk menghadapi cabaran luaran dan dalaman yang semakin rencam, serta menjadikan Jabatan Amal platform mendekati masyarakat.- HARAKAHDAILY 13/3/2018