eH: Dunia Islam Masa Kini (Siri Ke-4)

Berita
Typography

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata:

"Dalam hal ini kita orang Islam mesti peka dan memahami betapa tanggungjawab kita untuk mempertahankan Islam yang diwajibkan oleh Allah S.W.T dan apa yang berlaku adalah senario yang diatur oleh Allah Taala yang menjadikan berlakunya pasang surut dalam kehidupan umat Islam.

“Dan perlu disedari bahawa umat Islam jangan sekali-kali meninggalkan Islam sama ada di masa pasang ataupun surut, hanya Islam yang menyelamatkan kita sama ada Islam dalam keadaan kuat dalam keadaan yang lemah, Islam tetap menyelamatkan kita. Dan kita menyaksikan bagaimana setelah kejatuhan Uthmaniyah tanah air umat Islam dipecah dan diperintah oleh kuasa-kuasa penjajah mengikut sempadan negeri yang dilakar oleh mereka dan mengikut kaum.

“Namun agama Islam tidak boleh dimatikan cahayanya. Ini dipelihara oleh Allah dan dijamin. Dan kita melihat sendiri bagaimana Islam terpelihara. Oleh kerana itu yakinlah kita bahawa Islam menyelamatkan kita daripada dunia sehingga hari akhirat. Kita mengharapkan umat Islam peka dalam masalah ini. Kita mengharapkan pemimpin-pemimpin dunia Islam juga sedar dalam menangani masalah ini walaupun mereka sudah lama meninggalkan Islam, tetapi kecintaan kepada Islam masih tetap ada dalam hati masing-masing.

“Tanggungjawab kita ialah menyatukan umat Islam, memelihara umat Islam, dan menjaga mereka dulu, ini yang pertama. Yang kedua usaha supaya mereka kembali kepada ajaran Islam pusaka yang ditinggalkan oleh Nabi S.A.W. Itu sahaja menyelamatkan mereka di dunia dan di akhirat. Dan akhirnya kita yakin dan percaya Islam akan kembali semula menguasai dunia kerana di sana banyak ayat-ayat dan Hadis-hadis yang menyatakan bahawa Islam akan menang, masa depan masih ada lagi kepada umat Islam.

“Apa yang berlaku hanyalah laksana anak yang hendak dilahirkan dari perut ibunya, menjadikan ibu mengeluarkan darah dalam kesakitan. Kesakitan yang melahirkan anak, kesakitan yang melahirkan semula kemenangan Islam. Yang kita yakin dijanji oleh Nabi S.A.W."

Ikuti teks transkrip penuh dari Kuliah Dhuha (Dunia Islam Masa Kini Siri Ke-4) beliau di Dataran Ilmu KUIZM, Taman Melewar, Selangor pada 11 Februari 2018 yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah).