PAS Perlis sedia tanding 15 Dun

Berita
Typography

KUALA KEDAH: PAS Perlis sedia bertanding di kesemua 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan tiga parlimen di Perlis pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Shukri Ramli berkata, calon-calon PAS yang akan bertanding juga sudah dihantar kepada Majlis Syura Ulama.

Katanya, mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan agamawan dan profesional.

“Sekiranya PAS diberi peluang menerajui Perlis, antara perkara yang akan menjadi perhatian iaitu Agro Tourism, kebajikan rakyat, mewujudkan Mahaad Tahfiz di setiap Dun.

“Selain itu mengurus tadbir secara telus bagi mengelakkan sebarang penyelewengan. Rakyat Perlis perlu membuat satu anjakan baharu,” katanya ketika ditemui selepas program ceramah, di Tebengau malam kelmarin. – HARAKAHDAILY 22/1/2018