Padi angin jejas pendapatan pesawah

Berita
Typography

PENGURANGAN kuota benih padi daripada 82,000 tan kepada 60,000 tan semusim sahaja menyebabkan pesawah terpaksa membeli benih padi di pasaran luar bagi mengelakkan sawah terbiar.

Bagaimanapun benih padi di pasaran luar itu mendatangkan masalah kepada pesawah apabila kurang berisi.

Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli berkata, hasil padi yang dituai sekarang kurang disebabkan masalah padi angin kerana masalah benih dibekalkan tidak mencukupi.

“Keadaan ini berlaku kerana benih padi yang tidak mencukupi dan mahal. Pesawah terpaksa membeli benih padi yang haram untuk memastikan sawah tidak terbiar,” katanya di Kangar semalam.

Sebelum itu beliau bersama pimpinan PAS Perlis meninjau keadaan padi angin yang kurang mengeluarkan hasil di bendang sehingga menjejaskan pendapatan pesawah. – HARAKAHDAILY 12/1/2018