Amal bantu bersihkan kesan ribut Kepala Batas

Berita
Typography
KEPALA BATAS: Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang telah menggerakkan anggotanya bagi membantu mangsa ribut di Kampung Paya Keladi, di sini semalam.
 
Pasukan diketuai Pengarahnya, Baharin Ahmad itu telah melakukan kerja pembersihan kawasan sekitar rumah penduduk melibatkan pokok-pokok yang tumbang pada kejadian lewat petang kelmarin.
 
Kerja gotong-royong melibatkan 30 anggota dari jam 8 malam sehingga 6 pagi itu ternyata sedikit melegakan para mangsa yang tentunya teruji dengan kejadian ribut tersebut.
 
Selain itu, pasukan tersebut turut melakukan pembersihan melibatkan premis PASTI yang mengalami kerosakan teruk pada struktur bangunannya.
 
Pihak Amal juga sedang menggerakkan usaha bagi membantu memulihkan semula bangunan PASTI tersebut agar proses pembelajaran kembali beroperasi seperti sedia kala.
 
Sehubungan itu, orang ramai dipohon turut sama menghulurkan sumbangan dengan mendapatkan maklumat lanjut di talian 01110608823 (Shukri). - HARAKAHDAILY 12/1/2018