PAS sedia hadapi PRU bila-bila masa

Berita
Typography

PAS kini berada dalam situasi bersiap-siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, sekarang hanya menunggu pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Beliau berkata, bagi menghadapi PRU 14 PAS mempunyai dua strategi sama ada menguasai kerajaan atau mampu mempengaruhi kerajaan.

“Bagi mencapai hasrat itu PAS bersama rakan-rakan dalam Gagasan Sejahtera yang disertai Badan Bukan Kerajaan (NGO) akan bertanding lebih 130 kerusi Parlimen.

“Jumlah kerusi itu secara terperinci belum ditentu lagi tetapi mungkin PAS akan bertanding lebih banyak.

“Jumlah 130 kerusi itu adalah dicampur rakan-rakan NGO yang ada hubungan dengan kita dalam Gagasan Sejahtera,” katanya kepada media selepas menyampaikan Kulian Mingguan Pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Selain itu, katanya PAS juga akan memperkenalkan kerajaan teknokrat yang melibatkan golongan pakar profesional jika diberi mandat memerintah negara. – HARAKAHDAILY 29/12/2017