PAS Pekan jayakan kem hafazan cuti sekolah

Berita
Typography
PEKAN: PAS Kawasan Pekan menganjurkan Kem Hafazan al Quran Cuti Sekolah yang disertai 110 pelajar di Maahad Tahfiz al-Furqan, Permatang Pasir, Peramu Jaya, di sini sejak 17 Disember lalu dan berakhir hari ini.
 
Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf dalam ucapannya menyuntik semangat ibu bapa untuk terus mendedahkan anak-anak dengan hafalan al-Quran sejak usia kecil.
 
Sementara itu, pensyarah Kulliyah Sultan Abu Bakar Pekan, Ustaz Zaidi Ismail dalam ucapan perasmian penutup menyarankan anak-anak melazimi baca al Quran sekurang-kurangnya 5 minit setiap pagi dan juga sebelum tidur.
 
Majlis penutupan disempurnakan dengan penyampaian hadiah pelajar contoh, pelajar cemerlang hafazan, pelajar cemerlang hafazan mathurat, memanah, pasukan futsal, juara kawad dan tarik tali.
 
Penghargaan khas turut diberikan kepada 12 pelajar yang tamat hafazan juzuk 30 yang disampaikan oleh pewakaf tapak Maahad Tahfiz al Furqan, Abdul Rahim Nikmat.
 
Majlis juga diserikan dengan bacaan al Quran, zikir Mathurat dan persembahan Qasidah oleh para pelajar tersebut dengan kehadiran ibu bapa masing-masing.