Kedah belum bayar RM9 juta khairat

Berita
Typography

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) Kedah didakwa berhutang hampir RM9 juta kepada seramai 32,811 waris simati melalui khairat kematian yang dijanjikan kerajaan negeri.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Datuk Ustazah Siti Ashah Ghazali berkata, jumlah tersebut boleh diklafikasikan sebagai hutang kerajaan negeri terhadap waris simati.

"Polisi ini dibuat kerajaan Kedah sekarang di mana setiap kematian di Kedah akan dibayar khairat sebanyak RM250 tanpa mengira latar belakang.

“Daripada jumlah kematian di Kedah semenjak 2014 hingga Julai lepas iaitu 40,208 kes kematian hanya sebanyak 7,397 kes yang dibayar khairat kematian,” katanya di sini.  – HARAKAHDAILY 29/12/2017