Felda: Kegusaran PAS jadi kenyataan

Berita
Typography

KEBIMBANGAN PAS terhadap salah urus tadbir Felda menjadi kenyataan sekarang apabila media melaporkan agensi pembangunan tanah itu kehilangan hak ke atas sebidang tanah di Jalan Semerak, Kuala Lumpur.

Yohanis AhmadTimbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yohanis Ahmad Aneq berkata, beliau terkejut dengan apa yang berlaku tersebut.

Katanya, kerisauan PAS selama ini kini sudah menjadi kenyataan.

“Pastinya seluruh warga Felda berasa amat kecewa terhadap apa berlaku tersebut. Inilah yang menjadi kerisauan PAS selama ini.

“Satu demi satu aset Felda hilang atau jatuh ke tangan pihak lain tanpa disedari," katanya Jerantut.

Semalam media mendedahkan Felda dikatakan kehilangan tiga bidang tanah bernilai lebih RM250 juta di Jalan Semarak kepada pihak lain. – HARAKAHDAILY 22/12/2017