Kenapa Kerajaan BN Kedah diamkan hasil balak?

Berita
Typography

Hutan asli semakin hilang. Tiap-tiap kawasan hutan yang dibalak dengan kaedah yang dibenarkan, akan mengambil masa 30 tahun untuk kembali menjadi hutan seperti asalnya. Itupun, kerajaan perlu menanam semula spesis-spesis pokok hutan yang ditebang dengan menyediakan peruntukan khusus kepada Jabatan Perhutanan untuk menyediakan benih dan menjalankan penanaman semula. Sebanyak RM7 juta diperuntukan oleh kerajaan pimpinan PAS untuk menanam semula hutan pada 2009 sahaja. (Utusan Malaysia 19 November 2009).

Walaupun begitu, kerajaan pimpinan PAS ditohmah dengan pelbagai tuduhan berkaitan pembalakan, termasuk mengada-adakan cerita dan persepsi buruk terhadap kerajaan negeri.

Apa terjadi bila kerajaan bertukar tangan kepada Umno-BN?

Sama saja zaman Dato' Seri Mukhriz dengan Dato' Seri Ahmad Bashah. Kedua-dua MB Kedah daripada Umno ini tidak pernah mengumumkan hasil premium dan cukai dari sektor pembalakan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Kedah selama mereka berkuasa. Walaupun rakyat dapat melihat sendiri semakin banyak kawasan hutan digondol dan ditebang, lebih rakus dan berleluasa, hasilnya kepada negeri tidak pernah dimaklumkan.

Berbeza dengan kerajaan pimpinan PAS pada 2008 hingga 2013 semasa Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak yang mengumumkan hasil daripada sektor pembalakan setiap tahun untuk rakyat ketahui.

Sebelum 2008, hasil premium dan cukai kepada kerajaan adalah antara RM7 hingga RM9.8 juta setahun dengan kouta tebangan atau Catuan Tebangan Tahunan (CTT) adalah 2,340 hektar setahun.

Pada 2011, CTT Kedah dinaikkan kepada 2,850 hektar setahun. CTT ditetapkan oleh Majlis Perhutanan Negara/Majlis Tanah Negara.

Selepas kerajaan berubah pada PRU-12 2008, dengan kuota tebangan yang sama, kerajaan mengumumkan hasil daripada pembalakan seperti berikut:

Bayaran Premium sahaja

2008 - RM28.14 juta
2009 - RM33.05 juta
2010 - RM48.54 juta
2011 - RM74.92 juta

Hasil hutan termasuk cukai dan bayaran premium

2008 - RM34 juta
2009 - RM38 juta
2010 - RM52 juta
2011 - RM80 juta
2012 - RM63 juta

Apabila hutan asli ditebang untuk dibangunkan ladang hutan, ia hilang selama-lamanya. Fungsi hutan akan diganti oleh hutan gantian, sama ada tanaman getah TLC ataupun tanaman lain seperti Albizia (spesis Petai Belalang). Itulah yang dibuat di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik Kedah selepas Umno-BN kembali berkuasa.... Orang Sik dan rakyat Kedah dapat apa?