Bantu institusi tahfiz miliki pencegah kebakaran

Berita
Typography
KUALA LUMPUR: Tragedi menimpa Maahad Tahfiz al-Ittifaqiyah, Dato' Keramat yang menggemparkan negara turut mengundang kesedaran dan keprihatinan banyak pihak terhadap keselamatan institusi pendidikan Islam seperti itu.
 
Sehubungan itu juga Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah menjadi pemudahcara yang menggerakkan inisiatif untuk membantu pusat pendidikan tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam negeri tersebut.
 
Mereka telah mengumpulkan derma daripada orang ramai untuk memberikan sumbangan berupa alat pemadam api kepada 14 pusat tahfiz dan SAR melibatkan 46 unit keseluruhan diperolehi dari inisitif tersebut.
 
Usaha tersebut menjadi satu iktibar bagi memastikan setiap institusi pendidikan tersebut mempunyai peralatan asas minimum keselamatan dan dalam menghadapi sebarang kemungkinan, serta mengelak perkara seumpama berulang.
 
Pengarah Jabatan Amal Wilayah Persekutuan, Rone Faizal Isnin merakamkan penghargaan kepada semua dermawan yang telah menyumbang dan berharap usaha kecil itu dapat meningkatkan tahap keselamatan di institusi berkenaan.
 
Antara penerima adalah Maahad Tahfiz Darul Fuqaha, Maahad Toyyibah, Darul Syahadah, Darul Muhibbin dan lain-lain lagi.
 
Orang ramai yang berminat menyumbang bagi tujuan sama atau lain-lain menerusi Jabatan Amal Wilayah Persekutuan boleh menghubungi Rone di talian 017-255 2775 atau terus ke akaun Bank Islam 1401 4010 1336 95. - HARAKAHDAILY 20/12/2017