Mangsa kebakaran K. Perlis dibantu Muslimat

Berita
Typography
KANGAR: Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis (DMPNPs) melalui Skuad Prihatin telah mengadakan ziarah menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis, di sini hari ini.
 
Kunjungan diketuai Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPNPs, Jaliah Mohd Zahir bersama Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) DMPNPs itu menyampaikan sumbangan kepada mangsa terlibat.
 
Antara mangsa ialah AJK Muslimat Dun Kuala Perlis, Norsiah Long di mana rumah kedainya turut dijilat api dengan kerugian barang niaga yang musnah sama sekali dianggarkan bernilai sekitar RM20,000.
 
Pun begitu, beliau tetap bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian yang memusnahkan 15 rumah termasuk kedainya, serta sebuah bot nelayan pada 11 November baru-baru ini.
 
Kebakaran bagaimanapun dapat dikawal dalam masa sejam oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat bersama tiga jentera dari Simpang Empat, Kuala Perlis dan Kangar itu.
 
Orang ramai yang bersimpati dan berhasrat menyumbang boleh dibuat menerusi akaun Bank Muamalat 0901-0017574-72-8 atas nama Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis atau hubungi Bendahari DMPNPs, Haton Osman di talian 017-431 8803 - HARAKAHDAILY 14/11/2017