Peruntukan RM30 juta laksana Skim Smart Life

Berita
Typography

KERAJAAN Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM30 juta bagi pelaksanaan Skim Smart Life yang merupakan bantuan khusus untuk lif yang diberikan kepada pangsapuri kos rendah sahaja (RM42,000 ke bawah).

Ia melibatkan bantuan baik pulih lif secara percuma tanpa perkongsian kos daripada penduduk dan bantuan bayaran fi firma kompeten untuk penyenggaraan lif (kontrak komprehensif).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad semasa menjawab pertanyaan ADN Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Bohan pada persidangan Dewan Negri Selangor, Shah Alam, hari ini.

Jelasnya, bantuan penyelenggaraan lif yang diberikan adalah kerajaan negeri memberi bantuan kewangan untuk membayar fi firma kompeten lif selama setahun.  

"Bantuan ini dapat meringankan beban JMB atau MC terlibat dan membuat penjimatan kos perbelanjaan penyenggaraan bangunan sejumlah antara RM7,000.00 sehingga RM100,000.00 setahun mengikut kawasan masing-masing.  

"Jumlah ini sangat besar kepada JMB atau MC yang mempunyai dana kutipan caj yang sangat terhad untuk membaik pulih kerosakan atau menaik taraf kemudahan komuniti di pangsapuri," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 14/11/2017