25
Sun, Aug
20 Artikel Baru

Jelajah Hijau DPPM mantapkan pemuda Sarawak

Berita
Typography

JELAJAH Hijau Dewan Pemuda PAS Malaysia Peringkat Negeri Sarawak telah bermula dengan Taklimat Tertutup bersama Pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS). Program pagi telah diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS) di Matang Jaya, Kuching.

Antara pengisian termasuklah Ucapan Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo, Penerangan Persiapan Pilihan Raya oleh Pengarah Pilihanraya DPPM, Nurul Islam Mohamed Yusoff dan Penerangan Organisasi & Halatuju Strategik DPPM oleh Setiausaha DPPM, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Sesi seterusnya diikuti dengan sesi dialog terbuka dua hala. Beberapa persoalan telah ditimbulkan dan dijawab oleh Saff Pimpinan DPPM yang hadir. Taklimat diakhiri dengan Taujihat Khas dari Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin.

Turut hadir Ustaz Mohd Kamal Ashaari (Pengerusi Tetap Muktamar DPPM merangkap Pengarah Jabatan Perbendaharaan DPPM), Muhtar Suhaili (Bendahari DPPM), Ir Hadi Amat (Penolong Setiausaha 2 DPPM) serta Exco DPPM Ustaz Roslan Md Esa dan Mohd Nadzim.

Program petang ini diteruskan dengan program bersama masyarakat. Program lawatan kebajikan diadakan di dua tempat iaitu di Kota Samarahan dan Pending. Pada malam ini pula akan diadakan pertemuan santai bersama NGO Islam di Sarawak. – HARAKAHDAILY 21/10/017