25
Sun, Aug
20 Artikel Baru

Lambakan pekerja asing tingkat kadar jenayah

Berita
Typography

KEHADIRAN lambakan pekerja asing yang kini mencecah seramai 1.78 juta orang sebagaimana laporan parlimen harus dipandang serius oleh kerajaan, majikan dan semua pihak kerana isu ini melibatkan masa depan negara.

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr Rosni Adam, selain negara terpaksa berdepan dengan masalah ekonomi berikutan pengaliran wang ke luar negara yang tinggi, ia juga melibatkan masalah sosial seperti kadar pengangguran yang meningkat yang turut menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah.

Kadar pengangguran yang semakin membimbangkan dalam kalangan belia tempatan turut menimbulkan persoalan sepertimana adakah golongan seperti ini tidak mampu memegang jawatan atau bekerja di tempat yang dikuasai oleh warga asing.

Laporan penuh dalam akhbar HARAKAH BIL 2291.