20
Tue, Aug
31 Artikel Baru

PAS berdakwah melalui demokrasi

Berita
Typography

PAS Kawasan Jasin telah mengadakan Liqa' Fikri anjuran Lajnah Tarbiyah PAS Jasin di Markas PAS Cawangan Parit Putat, Sungai Rambai, malam tadi.

Menurut Timbalan Speaker Dun Selangor, Ustaz Mohd Shafie Ngah bahawa PAS berjuang mengikut waqi' negara ini dan disesuaikan dengan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

"Kalau kita bawa cara di negara luar atau budaya negara luar maka bercempera dan tunggang-langgang negara kita kerana ianya tidak sesuai untuk dilakukan di sini.

"Kita berbeza dengan gerakan Islam yang lain kerana menggunakan demokrasi untuk sampaikan dakwah Islam di Malaysia sedangkan ada gerakan yang menolak terus sistem demokrasi ini," ujarnya.

Beliau berkata, menerusi saluran demokrasi ini kita mempunyai ruang dan peluang untuk kita bawa risalah Islam ini sebagaimana di dalam Kerajaan Negeri Selangor.

"Biarpun jalan ini lambat dan dicaci serta dicerca oleh mereka yang tidak berpuas-hati, penat berlawan tak menang-menang namun inilah jalan terbaik yang diputuskan kepimpinan kita.

"Kita mungkin boleh mempunyai pandangan yang berbeza tapi keputusan pimpinan kita ikut dan wala' selagi mana tidak melanggar dasar serta prinsip parti.

"Seperti di Melaka ini anda mempunyai tugas berat untuk kembalikan kegemilangan pemerintahan Islam di Melaka, sebab itu susunan kerja kita kena bijak dan teratur," jelasnya. - HARAKAHDAILY 20/10/2017