20
Tue, Aug
30 Artikel Baru

Sambutan 27 tahun MBI diadakan sehingga 2018

Berita
Typography

SAMBUTAN ulangtahun ke-27 dasar Membangun Bersama Islam (MBI) diadakan berterusan sehingga tahun hadapan bagi membolehkan ia diingati rakyat Kelantan.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sambutan itu berterusan sehingga tahun 2018.

Katanya, ia tidak hanya tertumpu pada 21 hingga 22 Oktober sahaja seperti diadakan sebelum ini.

“Ia bertujuan untuk mengingatkan rakyat terhadap sambutan ulangtahun berkenaan sepanjang masa sehingga 2018.

“Sambutannya bermula dengan program iftar petang semalam dan munajat awal pagi tadi di Putik,” katanya pada program kuliah perdana di Medan Ilmu di Kota Bharu hari ini.

Hadir sama Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, timbalan-timbalan pesuruhjaya dan wakil-wakil rakyat.

Che Abdullah juga berkata, program kuliah diadakan malam ini di 45 Dun di seluruh Kelantan.

Manakala ceramah di 14 kawasan parlimen akan diadakan malam esok. - HARAKAHDAILY 20/10/2017