20
Tue, Aug
30 Artikel Baru

Penduduk tuntut pampasan setimpal

Berita
Typography

PERISTIWA Kampung Banggol Donas dibimbangi akan berulang sekiranya kerajaan Terengganu tidak membayar pampasan tanah rakyat dengan harga setimpal.

Rakyat meluahkan rasa kecewa apabila tanah mereka yang diambil balik kerajaan bagi projek pembangunan Kuala Terengganu-Bypass dari Kampung Durian Burung ke  Kampung Tok Molor dibayar harga rendah.

WahidAdun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, pengambilan balik tanah rakyat yang terbabit projek itu didakwa penduduk dibayar pampasan tidak setimpal.

Katanya, rakyat bukan anti-pembangunan namun mereka mempersoalkan hak mendapat pampasan setimpal dengan harga pasaran sekarang.

“Saya bimbang jika rakyat marah mereka akan berarak ke Wisma Darul Iman.

“Projek pembangunan yang melibatkan tanah rakyat kita kena berlaku adil. Kerajaan kena bayar pampasan,” katanya ketika meninjau projek tersebut semalam.

Projek KT-Bypass bermula di persimpangan Kampung Tok Molor Jalan Tok Adis ke Kampung Durian Burung di Jalan Persekutuan yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Terengganu.

Kos keseluruhan projek itu sebanyak RM321 juta iaitu meliputi kos pembinaan RM167 juta dan pengambilan tanah RM154 juta. Ia dijangka siap pada 26 Januari 2019.

Projek itu melibatkan pengambilan semula tanah melibatkan seramai 30 penduduk.

“Kita bukan anti-pembangunan. Jalan perlu dibesarkan seiring dengan pertambahan bilangan kenderaan.

“Namun apabila melibatkan pengambilan tanah rakyat, kerajaan perlu membayar pampasan setimpal dengan harga semasa,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 19/10/2017

(Pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)