Jom dialog di Pentas Anak Muda Negeri Sembilan

Berita
Typography

DEWAN Pemuda PAS Negeri Sembilan akan menganjurkan Jelajah Anak Muda Negeri Sembilan pada 14 Oktober ini bermula dari jam 9 pagi  hingga jam 12 malam.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan,  Khairul  Yazman Yahaya,  program jelajah sehari ini akan menampilkan pimpinan Pemuda PAS Malaysia termasuk Ketuanya, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalannya, Ir Khairil Nizam Khirudin dan Pengarah Pilihan Raya DPPM, Nurul Islam Mohamed Yusof.

Selain acara konvoi permotoran ARC bersama anak muda Negeri Sembilan, DPPN9 akan menjalankan siri jelajah Dun Fokus Anak Muda antaranya di Dun Lenggeng, Nilai, Johol, Labu dan di Parlimen Telok Kemamg.

Menurut Khairul Yazman, di sebelah petang pula akan diadakan sesi santai "teh tarik" bersama kepimpinan anak muda pada jam 6 petang.

Sementara kemuncaknya pada malam bertempat di Markas PAS Seremban di Jalan Seremban-Jelebu bersebelahan Majis Klana Sendeng, akan diadakan Pentas Anak Muda dimana sesi dialog bersama kepimpinan pemuda mengenai isu semasa akan diadakan.

Justeru, Khairul Yazman menjemput dan mengalu-alukan kehadiran seluruh anak muda negeri ini bagi meraikan program ini.

"Pilihan Raya Umum dah dekat, jom pakat dengar apa yang hendak disampaikan pimpinan Pemuda PAS,  dan kita boleh berdialog bersama untuk kesejahteraan anak muda di Negeri Sembilan bersama gagasan Politik Matang dan Sejahtera yang dibawa PAS," kata Khairul Yazman kepada Harakahdaily hari ini. – HARAKAHDAILY 11/10/2017