22
Wed, May
23 Artikel Baru

Jangan berhenti, teruskan bantu Rohingya

Berita
Typography

PAS Kedah mula membuat kutipan dan menghulurkan sumbangan kecemasan untuk membantu saudara seagama  yang dizalimi di Arakan, Myanmar.  

Melalui PAS kawasan-kawasan seluruh negeri ini, sumbangan untuk membantu Muslim Rohingya dikumpulkan dan disampaikan kepada Pusat Bantuan Dan Kemanusiaan PAS (PASRelief).

Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor, yang juga AJK PAS Pusat akan mengetuai misi kemanusiaan ke perbatasan Myanmar dan Bangladesh pada 10 hingga 14 September ini.

Sumbangan daripada orang ramai amat dialu-alukan untuk melaksanakan beberapa program kecemasan yang sangat diperlukan pada ketika ini seperti penyediaan khemah, bekalan makanan dan ubatan dan telaga tiub sebagai sumber air minuman.

Berikutan kekejaman terkini regim Myanmar kepada Muslim Rohingya yang bermula 25 Ogos lalu, jumlah pelarian baru yang melarikan diri ke sempadan Bangladesh untuk menyelamatkan nyawa dijangka mencecah 400,000 orang.

Sebahagian besar daripada angka itu sudahpun memasuki negara jiran dan tinggal di tepi-tepi jalan,  kawasan hutan belukar dan kawasan terbuka tanpa sebarang makanan, minuman dan tempat berlindung. Maklumat ini disampaikan oleh rakan-rakan NGO dan agensi bantuan di sana kepada PASRelief yang telah beberapa kali melakukan misi kemanusiaan di kem-kem pelarian Muslim Rohingya di Bangladesh dan Arakan.

Malam tadi, PASRelief menerima sumbangan wang tunai daripada PAS Kawasan Jerai (RM3,200), Padang Terap (RM1,000), Sik (RM1,000) dan Pendang (RM1,000). Turut menyumbang adalah PAS Cawangan Kg Memali sebanyak RM252.00

Bagi PAS Kawasan Jerlun, Pokok Sena, Sg Petani,  Kubang Pasu dan Merbok, sumbangan mereka telah disampaikan terus ke TABUNG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA PASRelief Nombor akaun 5640 7061 1352 - Maybank) . Jumlah keseluruhan derma daripada PAS Kedah setakat ini khusus untuk membantu Muslim Rohingya adalah RM15,891.00.

Sumbangan terus ke akaun tersebut juga sedang diterima daripada para penyumbang seluruh negara. Misi kemanusiaan PASRelief akan diteruskan dari masa ke semasa. – HARAKAHDAILY 5/9/2017

BantuRohi 2

BantuRohi 3

BantuRohi 4

BantuRohi 5

BantuRohi 6

BantuRohi 8

BantuRohi 9

BantuRohi 11