19
Fri, Jul
46 Artikel Baru

PAS bukan kuda tunggangan DAP, PKR

Berita
Typography

JENTERA PAS tidak lagi akan menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR sebagaimana berlaku dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Katanya, apabila DAP dan PKR memenangi PRU ke-13 dengan bantuan jentera dan undi PAS mereka telah menyerang pelbagai agenda Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Justeru, jelasnya pada PRU14 jentera PAS akan fokus kemenangan menerusi Gagasan Rakyat dengan bersaing menentang Umno/BN dan PH untuk menang minimum 5 negeri dan menjadi parti dominan memerintah di peringkat persekutuan.

Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) bukan masa depan bagi rakyat Malaysia.

Beliau menambah, perjuangan jangka pendek mereka hanya untuk menjatuhkan Najib bukannya menukar dasar pemerintahan BN yang telah sekian lama merosakkan negara.

"PAS tidak hanya mahu menukar kerajaan tetapi menukar dasar berkerajaan berasaskan prinsip Islam yang meletak aqidah dan akhlak sebagai asas, dosa pahala sebagai neraca pertimbangan,syariat Islam sebagai landasan berekonomi dan bersosial serta menolak monopoli ekonomi oleh segelintir elit pemerintah, nepotisma dan kronisma serta pemborosan dalam pengurusan kewangannya," jelasnya. - HARAKAHDAILY 29/8/2017