17
Tue, Sep
38 Artikel Baru

PAS tetap pertahan kerajaan di Selangor

Berita
Typography

PAS tidak akan mengizinkan Umno dan BN kembali berkuasa di Selangor dan tetap mempertahankan kerajaan di negeri tersebut.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu tetap akan mempertahankan kerajaan Selangor pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

“Mana-mana negeri yang telah kita menangi, kita akan bertanding dan mempertahankan kemenangan.

“Melalui Gagasan Sejahtera ada beberapa parti yang akan bersama kita untuk memberi sokongan,” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam sempena program dana PRU14 PAS Kota Bharu di sini, malam semalam.

Program berkenaan dirasmikan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob. Hadir sama Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, timbalan YDP, Datuk Dr Ramli Mamat dan naib, Datuk Anuar Tan Abdullah. - HARAKAHDAILY 27/8/2017