24
Fri, May
17 Artikel Baru

Anggota Amal Klang perlu bantuan

Berita
Typography

PENGARAH Lembaga Kebajikan PAS Negeri Selangor, Dr Abd Rani Othman meluangkan masa menyantuni aktivis PAS dari Jabatan Amal Malaysia yang sedang menerima rawatan di  di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

AmalKapar 2Ketika lawatan itu, Dr Rani sempat menghulurkan sumbangan kepada Roslan Yahya yang kini mengidap penyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang tahap empat dan vertigo.

Beliau yang hanya bekerja kilang mempunyai enam orang anak dan empat orang masih bersekolah manakala isterinya merupakan seorang suri rumah.

"Sumbangan orang ramai boleh meringankan kesulitan yang ditanggung sementara masih berada dalam rawatan di hospital," ujar Dr Rani.

Mereka yang bersimpati dengan nasib Roslan yang tinggal di Sungai Berteh Klang, boleh menyalurkan sumbangan terus ke akaun CIMB 7009182139 di atas nama ROSLAN YAHYA. – HARAKAHDAILY 25/8/2017

AmalKapar 1