22
Mon, Jul
20 Artikel Baru

Takziah YB Mumtaz – MB Kelantan

Berita
Typography

MENTERI Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob mengucapkan takziah kepada keluarga anggota exco Mumtaz Mat Nawi di atas pemergian ayahandanya pagi tadi.

Ketika dihubungi beliau berharap anggota keluarga bersabar menghadapi ujian pemergian insan yang tersayang.

“Sama-sama kita berdoa semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman,”ujarnya.

Kira-kira jam 10.51 pagi tadi ayahanda Mumtaz, Md Nawi Said, meninggal dunia di Kampung Dusun Raja.

Allahyarham dimasukkan ke wad CCU Hospital Raja Perempuan Zainab ll tengahari semalam setelah tidak sedarkan diri di rumahnya.

Solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Muhammadi selepas solat Jumaat dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jal Besar, Tumpat. – HARAKAHDAILY 25/8/2017