17
Wed, Jul
47 Artikel Baru

Nilai RM turun, GST punca perniagaan merosot

Berita
Typography

KEMEROSOTAN nilai Ringit Malaysia, bebanan GST dan kedudukan pasar dikenal pasti antara punca kemerosotan perniagaan di kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang.

"Nilai matawang yang jatuh ditambah pula harga barang semakin mahal menjejaskan hasil jualan peniaga di sini," kata Menteri Besar.

Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob menjelaskan perkara itu ketika berucap pada program taklimat sempena pemukiman Menteri Besar di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas, di Bandar Baru Pasir Mas hari ini.

Oleh itu beliau berkata, usaha berterusan perlu dilakukan bagi memajukan perniagaan di Pekan Rantau
Panjang.

Menurutnya juga kualiti produk perlu dijaga untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Nasuruddin Daud, Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dan Ketua Jajahan Pasir Mas,  Mohd Nor Husin. – HARAKAHDAILY 24/8/2017