20
Mon, May
17 Artikel Baru

Penduduk ternak 11,000 ikan kelah, patin

Berita
Typography

IKAN kelah biasanya ditemui di kawasan hulu sungai, namun sekarang diternak secara komersial oleh seorang penternak di Kampung Pangkal Petai, Machang.

Nik Ahmad Kamil Nik Yaacob menternak ikan di kawasan seluas sembilan ekar, kini mempunyai sebanyak 11,000 ikan kelah merah dan patin yang dipelihara secara terbuka.

Kejayaan projek itu turut dikongsi bersama anggota Exco, Datuk Che Abdullah Mat Nawi apabila melawat kolam ternakan tersebut semalam.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Abd Azziz Kadir dan Adun Kemumin, Ustaz Mohd Roseli Ismail serta pegawai kerajaan.

Nik Ahmad Kamil berkata, beliau berhasrat memajukan kawasan itu salah satu lokasi agro pelancongan di Kelantan.

Selain itu katanya, beliau juga mengusahakan tanaman durian kunyit di kawasan tersebut.

“Kelah Santuary Bukit Kepang dimulakan sejak dua tahun lalu diusahakan di tanah warisan orang tua saya,” katanya ketika ditemui.

Pada lawatan itu Che Abdullah juga melawat perusahaan membuat ikan pekasam di Kampung Pangkal Petai.

Beliau juga mengumumkan pemberian dua peti sejuk kepada dua pengusaha ikan pekasam bagi membantu memperkembangkan lagi industri mereka.

“Kerajaan negeri juga akan membantu penduduk memajukan 30 kolam terbiar bagi menternak ikan keli,” katanya. - HARAKAHDAILY 22/8/2017