24
Fri, May
17 Artikel Baru

Perkhemahan Amal Selangor 2017 harmoni

Berita
Typography

JADUAL pertandingan yang sangat padat namun Perkhemahan Tahunan Amal Selangor 2017, semalam berlangsung dengan sangat baik dan penuh harmoni atas semangat kesukanan.

Dari pagi sehingga ke petang peserta didedahkan dengan pelbagai pertandingan kemahiran asas Amal yang merupakan persiapan anggota dalam menghadapi apa jua situasi bencana alam bersesuaian sebagai pasukan sukarelawan beruniform.

Antara pertandingan yang menjadi tumpuan adalah pertandingan kawad kaki, bantu mula dan dapur rakyat.

Perhatian juga diberikan pada acara bagi Briged Amal Malaysia yang julung kali diadakan serentak, di mana peserta Kadet didedahkan dengan pertandingan kemahiran masakan survival, dan Amal Race selain pertandingan utama dan acara terbuka yang melibatkan seluruh pasukan juga dipertandingkan seperti tarik tali dan gusti lengan.

Pertandingan diteruskan pada sebelah malam pula dengan acara lebih santai dan meriah namun penuh pengisian rohani di mana para peserta diberi peluang membuat persembahan kesenian Islam dan berpidato seperti mana konsep rancangan Pencetus Ummah.

Keseluruhannya para peserta sangat bersemangat walaupun keletihan dengan acara yang sangat padat, namun jelas keceriaan terpacar kerana inilah medan pertemuan yang merapatkan ukhwah sahabat-sahanbat Jabatan Amal Malaysia. ⁠⁠⁠- HARAKAHDAILY 20/8/2017

am3

am2

am4