22
Mon, Jul
21 Artikel Baru

Liwat: Dr Mahathir perlu mohon maaf

Berita
Typography

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed perlu memohon maaf secara terbuka pada bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan liwat pada 1998.

nik amarNaib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sekiranya tuduhan itu palsu, Dr Mahathir perlu memohon maaf kerana mengaibkan Anuar.

"Kalau betul tuduhan itu tuduhan palsu, pada pandangan saya Dr Mahathir perlu minta maaf secara terbuka.

“Benda ni (tuduh liwat) mengaibkan Anwar dan keluarganya, bukan benda kecil, dah jadi isu negara, dunia,” katanya di Kota Bharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mencabar Dr Mahathir menjelaskan kepada rakyat mengenai kenyataannya terhadap Anwar pada September 1998.

Pada 22 September 1998 Dr Mahathir dilapor mendakwa Anwar terbabit dalam perlakuan luar tabii dan tidak layak menjadi pemimpin negara.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, sekiranya benar dakwaannya selama ini, bagaimana sekarang beliau boleh bersama Anwar. – HARAKAHDAILY 17/8/2017