17
Wed, Jul
47 Artikel Baru

Wacana: Alasan AMK, Armada tidak lojik

Berita
Typography

AMK dan ketua Armada Kelantan mencipta pelbagai alasan untuk tidak hadir wacana anjuran NGO Pertahan malam Jumaat lepas gagal difahami anak muda.

Sedangkan sebelum itu mereka memberi komitmen untuk hadir bagi mengupas tajuk “Kelantan Ambang PRU 14: Parti Mana Bela Rakyat”.

Mohd Zaki ZakariaPengerusi Kelab Anak Muda Bachok, Mohd Zaki Zakaria berkata, alasan yang diberikan pemuda Pakatan Harapan untuk tidak menghadiri wacana tersebut tidak masuk akal.

Katanya, Pemuda PKR dan Armada PPBM sepatutnya hadir sebagaimana komitmen mereka ketika menerima jemputan daripada NGO Pertahan.

"Kalau alasan PH memboikot wacana itu kerana wakil PAN dan DAP tidak dijemput tidak boleh diterima. Ini menjadi bahan ketawa anak muda.

“Begitu juga dakwaan moderator, Dr Kamarul Zaman Yusoff bias tidak logik kerana mereka belum lagi memasuki gelanggang,” katanya di Kota Bharu.

Malam Jumaat lepas NGO Pertahan menganjurkan wacana dengan mengundang Ketua AMK Kelantan, Dr Hafidz Rizal Amran; Ketua Armada, Asran Alias, Ketua Pemuda Umno, Mohamad Azam Ismail dan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Bagaimanapun hanya Azam dan Ahmad Fadhli yang hadir bersama moderator, Dr Kamarul. Orang ramai sebahagian besar anak muda memenuhi dewan tingkat satu sebuah hotel.

Bagaimanapun Dr Hafidz dan Asran membuat kenyataan melalui Youtube bagi menjelaskan sebab mereka tidak hadir pada wacana tersebut.

Mohd Zaki Mamat, 34 dari Kuala Krai, berkata, pemuda PKR dan PPBM mengsia-sia peluang diberi biarpun mereka dianggap seorang profesional.

Katanya, AMK dan Armada boleh tidak sandarkan kepada pemuda PAN dan DAP tidak dijemput pada wacana tersebut, kerana mereka lebih awal menyatakan persetujuan untuk hadir. – HARAKAHDAILY 16/8/2017