18
Thu, Jul
30 Artikel Baru

MTD anjur dialog tangani isu di Peralla

Berita
Typography

MAJLIS Tindakan Dun (MTD) Gual Ipoh akan mengadakan pertemuan dengan peneroka di Kampung Peralla, Tanah Merah yang mendakwa kebun mereka dijadikan tempat melombong emas.

Timbalan Pengerusinya, Razali Yusoff berkata, perjumpaan itu akan diadakan pda Ahad ini bagi mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan sebenar.

"Ada peneroka yang datang membuat aduan mengenai masalah tersebut, cuma kita tidak mengetahui syarikat yang dikatakan terbabit dengan kegiatan perlombongan.

"Oleh itu, kita harap melalui dialog nanti dapat merungkai masalah dihadapi penduduk terbabit," katanya ketika dihubungi di Tanah Merah.

Baru-baru ini, penduduk di Kampung Peralla mendesak kawasan kebun getah mereka tidak dijadikan tapak perlombongan emas kerana ia boleh menjejaskan pendapatan sebagai penoreh getah.

Semalam Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob juga memberi jaminan bagi menyelesaikan masalah penduduk di Kampung Peralla. – HARAKAHDAILY 27/7/2017