25
Tue, Jul
15 Artikel Baru

Kebakaran pondok: Pemuda PAS sampai sumbangan

Berita
Typography

KEPRIHATINAN Pemuda PAS Malaysia atas insiden kebakaran Pondok Latifiah, Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu telah membuktikan bahawa PAS sentiasa mengambil berat kebajikan institusi pengajian Islam.

Atas dasar tersebut, Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat, Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Perak telah menyampaikan sumbangan wakil pengurusan pondok tersebut, semalam.

Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia; Ir Khairil Nizam Khiruddin , Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat DPPM; Ustaz Mohd Akmal Kamarudin dan Pengerusi Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Perak; Abdul Manaf Ismail serta beberapa pimpinan Pemuda PAS Perak.

Ustaz Akmal berkata, sumbangan yang disampaikan adalah hasil kutipan dari semua pihak untuk membantu meringankan pihak pengurusan pondok.

Jelasnya, jumlah kutipan bernilai RM 35,000 menunjukkan rakyat Malaysia begitu cakna untuk memastikan kelangsungan institusi pengajian Islam terus berkembang dengan baik. – HARAKAHDAILY 15/7/2017