Sidebar

24
Sun, Sep
16 Artikel Baru

Carbon Credit: Jana pendapatan dengan pelihara hutan

Berita
Typography

CARBON Credit atau Perdagangan Karbon satu istilah dan sumber ekonomi baharu bagi kebanyakan rakyat, khususnya di Kelantan. Huraian yang panjang telah diberikan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Datuk Anuar Tan Abdullah sewaktu sesi penggulungan Mesyuarat Dewan Negeri Kelantan sekaligus menjawab beberapa persoalan yang dilontarkan ADUN Salor, Datuk Husam Musa selama ini.

"Kita pilih 'private initiative'. Kita tidak boleh salahkan wakil yang memberi maklumat kepada YB Salor kerana hanya negara yang boleh berdaftar dengan UNFCCC sebagai satu entiti negara dan Malaysia sudah daftar pada tahun 1994," jelas Anuar.

Menurut Anuar Tan, terdapat dua kaedah perdagangan karbon iaitu melalui 'voluntary market' yang diperakui Protokol Kyoto dan satu lagi di bawah Perjanjian Copenhagen.

Kerajaan Negeri memilih kaedah di bawah Protokol Kyoto kerana melalui Perjanjian Copenhagen hanya negara sahaja yang layak menyertai program tersebut.

Dakwaan Kerajaan Negeri ditipu Climate Protectors dengan alasan syarikat tidak berdaftar dengan United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) di bawah program Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation (UN-REDD) menunjukkan kajian kurang matang oleh Husam.

Tambah Anuar, hasrat YAB Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob memelihara sejuta ekar hutan ini sewajarnya disokong oleh seluruh rakyat, bahkan pembangkang di Kelantan.

"Dato' MB nasihat kita (Exco), Mullah (arwah) Tok Guru semasa lantik dia sebagai MB pesan dia, hutan tu kena simpan molek untuk anak cucu kita. Maka hok ni lah yang direzabkan sebagai Hutan Simpan Perlindungan. Tak boleh buat apa untuk 30 tahun, taruh (simpan) untuk anak cucu walaupun sekarang ini kita susah," dedah Anuar Tan kepada ahli Dewan.

Kononnya Skandal 'Carbon Credit' bakal menamatkan riwayat Kerajaan Negeri Kelantan di bawah teraju PAS dengan membandingkan konsesi kepada Timber Mine satu ketika dahulu dan Skandal 1MDB terlalu jauh menyimpang.

Umpama hitam dan putih dakwa Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Anuar Tan, isu yang ditimbulkan oleh ADUN Salor, Husam mengelirukan masyarakat dengan membina persepsi buruk dan jahat kepada Kerajaan Negeri.

"Tak baik buat lagu tu. Kita orang Islam kena kecek (cakap) yang betul. Jangan buat persepsi yang boleh menimbulkan keraguan masyarakat terhadap Kerajaan yang tak buat barang (perkara) yang salah," tegur Anuar Tan.

Anuar Tan kemudiannya menyambung penggulungan dengan menerangkan secara panjang lebar perbezaan isu di Timber Mine, 1MBD dan 'Carbon Credit' yang melibatkan perjanjian di antara Kerajaan Negeri dengan Climate Protectors Sdn. Bhd. selama tempoh dua tahun kajian. – HARAKAHDAILY 12/7/2017