Sidebar

24
Sun, Sep
16 Artikel Baru

Tarian gelek: Tuan rumah mohon maaf

Berita
Typography

KETIKA parti serpihan menyalahkan pimpinan ulama di Kelantan terhadap isu tarian gelek di majlis perkahwinan, semalam tuan rumah terlibat tampil memohon maaf.

Ketua Pemuda PAS Tumpat, Mohd Hushaimi Hussian berkata, tuan rumah yang dikenali sebagai Pok Lik memohon maaf kepada penduduk kampung dan masyarakat di atas kecuaiannya.

“Pok Nik tidak mahu peristiwa yang berlaku itu boleh mencemarkan nama baik kerajaan negeri,” katanya di Tumpat.

Video tarian gelek penyanyi dikir barat wanita dimuat turun di laman facebook yang memaparkan adegan tidak sopan di majlis perkahwinan di rumah seorang penduduk di Padang Tembesu.

Sebelum ini persidangan Umno di Kota Bharu juga menampilkan tarian gelek wanita yang diadakan secara tertutup dihadiri pemimpin utama bahagian itu.

Pada tahun lepas juga karnival rakyat yang diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Kelar, Pasir Mas mengetengah seorang wanita berpakaian sendat dan tidak bertudung membuat persembahan.

Berikutan peristiwa tersebut laman sosial yang dipercayai ada kaitan Parti Amanah Negara (PAN) menyebut semuanya longgar sekarang, masa untuk ubah kepada parti yang boleh tawarkan Islam lebih baik.

Hushaimi juga berkata persembahan hiburan itu secara jelas bercanggah dengan Enakmen Kawalan Hiburan 1998.

“Permohonan maaf Pok Nik dibuat di hadapan saya, Imam Mukim Bunut Sarang Burung dan penghulu supaya disampaikan kepada orang ramai.

“Malah dia berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut. Insya-Allah pada Jumaat ini imam akan isytiharkan perkara itu di masjid,” katanya. - HARAKAHDAILY 10/7/2017