Sidebar

24
Sun, Sep
16 Artikel Baru

1MDB: PAS akan panggil sidang khas meja bulat

Berita
Typography

PAS memutuskan akan memanggil satu sidang khas meja bulat berkaitan isu 1MDB melibatkan beberapa tokoh bagi mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Man berkata, mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pagi ini memutuskan  turut akan memanggil bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Menurutnya, beberapa tokoh yang akan dipanggil ialah Dr Tan Seng Giaw, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Jomo Kwame Sundram.

Program yang dijangka diadakan 7 Ogos itu turut akan melibatkan tokoh-tokoh akademik dan ekonomi.

Sidang media diadakan sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat 1438/2017 yang berlangsung di Kompleks Al-Makmur Kerdau, Temerloh.

Seluruh pimpinan PAS Pusat hadir memeriahkan majlis yang julung-julung kalinya diadakan di negeri ini.

"Mesyuarat pagi tadi turut memutuskan PAS akan menganjur sambutan hari Malaysia pada 16 September depan di Sandakan, Sabah," katanya.

Ditanya wartawan mengenai hasrat PAS yang mendesak diadakan Suruhanjaya Diraja (RCI) berkaitan 1MDB, Tuan Ibrahim berkata itu jalan keluar kerana ada juga pihak yang lebih mementingkan agensi penyiasatan luar.

Katanya, sedangkan rakyat masih tertanya-tanya isu yang melibatkan berbilion wang negara. - HARAKAHDAILY 8/7/2017

raya1