Sidebar

24
Sun, Sep
16 Artikel Baru

Projek Lembah Binjai tingkat ekonomi penduduk

Berita
Typography

USAHA kerajaan negeri membangunkan lembangan Sungai Pengkalan Datu sebagai lokasi pelancongan Lembah Binjai boleh membantu meningkatkan sosio ekonomi penduduk tempatan.

Kejayaan kerajaan negeri membangunkan Lembah Sireh kini membolehkan kawasan itu muncul sebagai bandar baharu di Kota Bharu.

Penghulu Mukim Pulau, Zamri Awang Ahmad, 47 berkata, projek berkenaan mampu memberi impak positif ke arah meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan.

Lagi pun katanya, kawasan yang akan dibangunkan kerajaan negeri di Mukim Chepa seluas 45 ekar sukar dimajukan secara persendirian.

“Sekarang hanya ada penduduk yang mengusahakan kelapa wangi dan dusun buah-buahan sahaja di kawasan itu. Hanya segelintir pihak sahaja yang mendapat manfaatnya sekarang.

“Sedangkan rancangan kerajaan membangunkan kawasan itu secara lebih menyeluruh yang lengkap dengan rumah kedai dan prasarana pelancongan,” katanya di Kota Bharu.

Bagaimanapun projek pembangunan pelancongan itu ditentang Parti Amanah Negara (PAN) yang memperlihatkan seperti mereka ada kepentingan tertentu.

Malah rumah banglow milik aktivis PAN terletak tidak jauh daripada projek tersebut, namun difahamkan berada di luar zon pembangunan pelancongan Lembah Binjai.

Zamri juga berkata, kawasan yang dicadang dibangunkan tersebut hanya terdapat 14 rumah dan mereka akan diganti rumah baharu yang jauh lebih selesa. - HARAKAHDAILY 5/7/2017