22
Wed, May
23 Artikel Baru

Kemaruk jawatan MB rupa-rupanya

Berita
Typography

BELUM apa-apa, ada pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) tidak mampu menyimpan ghairahnya. Sebelum ini ada analisis yang membayangkan isu beliau keluar parti kerana kecewa tidak mendapat jawatan, kini realitinya semakin hampir.

Hari ini sudah terang lagi bersuluh. Ketika segala peluru tabur dihala kepada kerajaan Kelantan dan PAS, tiba-tiba muncul calon menteri besar baharu di bumi Serambi Mekah.

Oghe Kito tidak mahu membuat serkap jarang. Orang ramai boleh melihat sendiri kenyataan Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa di laman berita semalam.

Tanpa segan dan berselindung beliau dilapor mengumumkan bersedia dinamakan sebagai calon sementara menteri besar Kelantan. Baginya ia tujuan strategik Pakatan Harapan (PH) merampas negeri itu.

Veteran DAP, Lim Kit Siang sebelum itu dilapor mencadangkan Adun Salor diangkat sebagai menteri besar sekiranya PH berjaya menawan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Tidak lama selepas itu Husam tampil membuat kenyataan media untuk menerima pengumuman Kit Siang.

Sedangkan sehari sebelum itu Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub dilapor berkata, Kit Siang tidak pernah membangkitkan isu calon menteri besar Kelantan dengan kepemimpinan parti terbabit. – HARAKAHDAILY 5/7/2017

(Ikuti analisis lanjut dalam Harakah edisi cetak esok)