18
Thu, Jul
47 Artikel Baru

Kebun Smart Selangor galak pertanian konsep moden

Berita
Typography

PROJEK Kebun Smart Selangor adalah satu langkah terbaru bagi menggalakkan industri pertanian di negeri itu terutama bagi golongan penduduk bandar.

zaidy2Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, projek itu akan dibangunkan di setiap daerah untuk djadikan contoh kepada orang awam supaya menceburi bidang pertanian berasaskan komersil menggunakan teknologi moden.
 
“Kebun Smart Selangor ini lebih kepada komersial dengan menggalakkan tanaman menggunakan teknologi moden melalui konsep fertigasi.

“Dalam konsep ini, satu ekar kawasan boleh tanam 1,000 polibeg yang boleh mengeluarkan hasil untuk pendapatan. Setakat ini, kita sudah mengenalpasti satu lokasi untuk setiap daerah di Selangor,” ujarnya dipetik SelangorKini.

Katanya, model itu diusahakan di tanah berkeluasan satu ekar dengan bajet di bawah RM50,000 serta boleh dikembangkan.

Selain itu, kerajaan negeri juga bersedia memberikan lesen pendudukan sementara (TOL) kepada pengusaha yang berminat untuk mengusahakan tanaman kontan di atas tanah milik kerajaan supaya mereka memperoleh hasil.

“Langkah ini diharapkan menjadi cabang baru kepada kerajaan negeri untuk meningkatkan hasil pendapatan memandangkan kawasan komuniti dan bandar memiliki ruang pertanian terhad,” katanya yang juga ADN Taman Templer.

Sebelum ini, pihak berkuasa tempatan menggalakkan orang ramai mengusahakan ladang komuniti bersifat perkongsian plot kecil yang kebanyakannya diusahakan di kawasan perumahan.