17
Tue, Sep
43 Artikel Baru

Antara rumah terbuka PAS Kelantan dan PAN pusat

Berita
Typography

PEMIMPIN agung DAP, Lim Kit Siang cuba menggambarkan angin perubahan politik bertiup kencang di negara ini termasuk Kelantan.

Beliau membayangkan sambutan Aidilfitri di Kelantan tahun depan bakal dirai Menteri Besar yang baharu.

Oleh itu beliau mencadangkan Naib Presiden Parti Amanah Kelantan (PAN) Datuk Husam Musa sebagai menteri besar sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU 14).

Biarpun bayangan itu dijelma pemimpin DAP, namun tanpa sedar majlis rumah terbuka peringkat nasional PAN di Kota Bharu Khamis lalu seperti menjawab andaian Kit Siang.

“Kalau sekadar itu kehadiran orang ramai di rumah terbuka PAN peringkat nasional di Dewan Perniagaan Cina Khamis lalu, pemimpin DAP perlu membuat analisis baru.

“Biarpun hampir kesemua pemimpin PAN pusat hadir, namun penduduk tempatan yang hadir tidak ghairah, jauh berbeza dengan program PAS.

“Hanya kelihatan pemimpin yang pakai baju oren dan tidak ramai orang tempatan yang hadir,” kata seorang pemimpin masyarakat Cina di sini.

Koh Boon KeongKoh Boon Keong dari Pulai Chondong, Machang pula berkata, rakyat Kelantan pelbagai kaum tidak perlu disogok dengan maklumat separuh masak mengenai politik di negeri ini.

Menurutnya apa yang dibuat Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan diteruskan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob.

“Tidak ada bezanya. Sedangkan ada pemimpin masyarakat Cina di sini menyertai DAP kerana mereka mahu kedudukan dalam politik,” katanya di sini.

Penganalisis politik Dr Wan Nik Wan Yussof juga melihat situasi yang agak suram di rumah terbuka PAN peringkat nasional di Kota Bharu.

Berbeza dengan sambutan Aidilfitri PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV hari ini yang turut dihadiri 20 sami dari Wat Siam.

Selain itu lebih 40 masyarakat Orang Asli dari Gua Musang termasuk bukan beragama Islam. Kelihatan juga ramai pemimpin masyarakat Cina tempatan.

Orang ramai memenuhi khemah tempat berlangsung program itu sejak jam 10 pagi lagi, biarpun jamuan bermula jam 12 tengah hari.

Kesesakan lalu lintas begitu ketara sehingga ke Jalan Sultan Ibrahim dan Jalan Hospital. Anggota Jabatan Amal bertungkus lumus mengawal aliran kenderaan.

Boon Keong juga berkata, ramai masyarakat Cina yang sebelum ini penyokong tegar MCA kini mulai beralih angin.

Katanya, sebelum ini ramai kalangan masyarakat Tionghua sering berdepan dengan ugutan pemimpin MCA, namu sekarang mulai mulai sedar.

“Misalnya di Pulai Chondong banyak janji pemimpin MCA untuk membantu masyarakat Cina yang miskin tidak ditunaikan,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/7/2017